Malam tadi, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan pertama memperkenalkan jersi baharu bagi musim 2019. Pelancaran jersi skuad Harimau Selatan itu mendapat sambutan ribuan penyokong 

JDT, selaku juara Liga Super lima tahun berturut-turut membolehkan ia kekal mendapat kepercayaan daripada Nike Malaysia. Menurut laporan dari Utusan Malaysia, syarikat gergasi sukan antarabangsa (Nike) itu menaja skuad Harimau Selatan dengan jumlah RM1.3 juta.


Jersi yang direka menggunakan teknologi dan ia mengikut potongan badan pemain. Ia juga memberi keselesaan di bahagian bahu pemain yang menjadikannya lebih ringan.

Semua skuad Harimau Selatan, termasuklah JDT II, skuad Piala Presiden, Piala Belia dan pemain Akademi JDT turut menggunakan jersi tersebut. Harga jersi keluaran pemain (player issue) adalah RM549.00 manakala replika untuk penyokong (fan issue) bernilai RM185.00

Majlis pelancaran jersi JDT itu diadakan di 10 daerah di Johor turut serta dalam majlis pelancaran jersi JDT itu. 

Dalam majlis terdapat penampilan khas legenda Portugal, Luis Figo yang ditampilkan dalam klip video khas bersama pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim turut sama hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Menurut Utusan Malaysia, Tunku Ismail tiada dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Peminat setia JDT turut tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi baharu pasukan kesayangan mereka.