Pasukan Johor Darul Ta’zim telah bertolak ke Thailand dan selamat tiba sebentar tadi untuk jalani 3 perlawanan ujian bertemu 3 buah kelab sekitar Bangkok sebagai persiapan awal musim 2019.


Sebelum ini pada 11 Januari lepas, JDT berjaya menewaskan Home United dari Singapura dengan jaringan 5-0 hasil jaringan Cabrera, Aaron, Hariss, Hazwan dan Safawi Rasid.

Tiga Perlawanan Di Thailand

Berhadapan tiga pasukan dari Thailand dalam perlawanan pra-musim 2019 bakal menjadi medan ujian buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pertengahan Januari 2019 ini. JDT dijadualkan akan bertemu 3 pasukan dari Thailand sebagai perlawanan ujian pra musim 2019. Berikut adalah jadual perlawanan tersebut :

17 Januari 2019
Ratchaburi Mitrphol FC

20 Januari 2019
Bangkok United FC

23 Januari 2019
PTT Rayong FC

Faktor jarak dan persamaan aksi yang dijangka dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi sebab mengapa JDT memilih pasukan-pasukan dari Thailand itu.


Perlawanan pra-musim ini juga bakal menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain. Ia sebahagian daripada persiapan penting skuad Harimau Selatan dan semoga gandingan baharu pemain berjaya memastikan falsafah JDT mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Ratchaburi Mitrphol FC :
- Menduduki tangga ke-12 Liga 1 Thai 2018

Bangkok United FC :
- Naib Juara Liga 1 Thai 2018.
- Akan bermain dalam dalam kelayakan 2 menentang Hanoi FC pada 12 Februari 2019.
- Pernah bertemu JDT dalam kelayakan 2 ACL  2017. JDT menang penalti.
- Dua penampilan ACL (kelayakan)

PTT Rayong FC :
- Juara Liga 2 Thailand yang akan dinaikkan pangkat ke Liga 1 Thai 2019.
- Berada di Liga 2 Thailand sejak 2015
- Tangga ke-11 Liga 2 Thai 2017

Ini adalah tahun ketiga JDT mengadakan perlawanan ujian di Thailand.

Pra Musim 2018 : Army United (10.01.2018), Chonburi FC (13.01.2018) dan Port FC (15.01.2019)
Pra Musim 2017 : Chonburi FC (10.01.2017), Air Force Central FC (11.01.2017) dan Buriram United FC (14.01.2017)

Ini bermakna sejak 3 tahun ini, JDT sudah bermain dengan 9 pasukan dari Liga Thailand 1 dan 2.