Penajaan Dan Pengurusan Kelab JDT Yang Dicemburui Dan Ingin Dicontohi

Kekuatan, keteguhan dan kemantapan sesuatu pasukan itu bukan hanya datang dari pemain yang bagus-bagus dan ternama sahaja. Tidak cukup dengan itu, sesebuah pasukan itu mestilah mempunyai penajaan yang banyak dari syarikat yang besar.

Kelab Johor Darul Ta’zim telah menjadi contoh bukan setakat pasukan-pasukan tempatan, malah pasukan di sekitar Asia Tenggara. Nama JDT sering disebut-sebut dalam buletin sukan mereka.

Penajaan yang banyak dan mantap sahaja tidak mencukupi. Ia mesti dilengkapi dengan mutu pengurusan yang baik dan telus serta jauh dari sebarang korupsi. Itulah tugas pertama pemilik JDT, DYAM TMJ lakukan iaitu pembersihan anasir-anasir korupsi yang ada di dalam persatuan negeri sejak mengambil alih JDT.

Grafik : JOHOR Southern Tigers

Antara penaja-penaja utama kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim adalah (tidak mengikut susunan nilai tajaan) :

Forest City
JCorp
Iskandar Waterfront
Berjaya
Fastrack City
Nike
Astaka Padu
Vantage Bay
Hublot
Ranhill

Semua penajaan tersebut sentiasa terpapar di Pusat Latihan JDT Seri Gelam, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos (luar dan dalam) serta pada kits pemain.

Financial fair bukan hanya pada banyaknya penajaan malah pengurusan kelab terutama dari segi kewangan juga amat penting menaikkan sesebuah pasukan itu.

Pihak penaja melalui penajaan berterusan menunjukkan betapa mereka berpuas hati lebih-lebih lagi apabila JDT berjaya melangkah jauh melayakkan diri ke peringkat kimpulan AFC Champions League 2019.



Itulah peluang penaja melebarkan sayap mempromosi nama syarikat mereka ke rantau Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun pada tahun hadapan.

Secara logiknya mungkin kita boleh beranggapan, kos yang hampir sama sekiranya untuk mempromosi sendiri nama syarikat ke seberang sana. Bukankah lebih baik dapat mempromosi melalui sebuah pasukan seperti JDT.

Begitulah visi pemilik JDT yang sentiasa berfikiran ke hadapan melangkaui jangkaan pemikiran kita. Siapa sangka dan jangka ada kelab dari Malaysia yang akan pergi jauh dan mempunyi pengurusan sebegini maju.

JDT berjuang dan memberi atau menyumbang mata ranking AFC yang banyak melalui penglibatan dalam Piala AFC untuk Malaysia. Hasilnya baru dapat kita lihat tahun ini, di mana mata dan ranking itulah membuatkan JDT layak ke ACL 2019. Walaupun bukan hanya JDT, tetapi JDT menjadi penyumbang terbesar (90%) pasukan dari Malaysia.

Walaupun layaknya JDT melalui hasil titik peluh mereka menjuarai Liga Super 2018, namun ia juga sebagai satu penghargaan kepada JDT kerana sumbangan mata yang banyak dalam ranking kelab-kelab Asia.

Kedudukan ranking MA itu sekarang ini banyak bergantung kepada prestasi kelab/pasukan sesebuah negara itu dalam ACL atau pun AFC Cup (90%) manakala hanya 10% mata dari ranking FIFA Malaysia.

Satu persatu, rekod demi rekod dicipta oleh kelab JDT dari tahun ke setahun. Semuanya memang tiada siapa yang menjangka malah banyak pihak hanya memperkecilkan segala usaha baginda. Sebahagian hasilnya sudah kita dapat lihat hari ini.

Apa lagi pencapaian dan rekod yang akan JDT capai selepas ini ? Tahun depan ? Lima tahun akan datang ?

Oleh itu, segala usaha baginda itu sepatutnya mendapat penghargaan ramai. Bukan setakat pasukan/pemain perlukan sokongan, baginda juga perlukan sokongan anda.

Anda tak perlu susah payah uruskan kelab ke sana sini, tak perlu risau akan penajaan, tak perlu sentiasa ke padang latihan memberi semangan dan sokongan pemain, tak perlu menghadapi ‘haters’ yang saban hari semakin ramai.

Apa yang hanya anda perlu lakukan dan sokong baginda adalah TURUN KE STADIUM SEBERAPA KERAP’ yang mampu.

Pemain perlukan sokongan para penyokong yang hadir untuk memberi semangat untuk menang.

Baginda perlukan juga sokongan penyokong untuk berdiri kuat atas nama kelab JDT.

Selain itu penaja juga akan bertambah jika kehadiran adalah tinggi.

Jika stadium kosong ?

Oklah.......cukuplah. Tak perlu lagi. Ketepikan apa jua alasan sama ada peraturan stadium ke atau taktikal ke apa ke.....kita nak pasukan JDT menang lagi dan lagi. Kita sama-sama penuhkan kembali dan meriahkan kembali stadium kita.

Anda tak mahu ke lihat stadium kita seperti dizaman-zaman 2013, 2014 dahulu ?

Anda tahu tak berapa ramai yang cemburu dengn JDT dan kejayaan kita ? Mereka mahu pasukan mereka juga seperti JDT dan stadium mereka penuh malah gondol banyak kejuaraan. Tapi mereka kurang mampu dan tida siapa dari mereka yang mampu lkukan seperti apa yang baginda lakukan. Banyak kerja yang perlu mereka lakukan untuk menyamai JDT. Belum lagi untuk mendahului JDT.

Bagi penyokong JDT, ibarat dah boleh cuci tangan. Tiada apa lagi yang perlu mereka lakukan KECUALI HANYA datang ke stadium dan beri sokongan sahaja.

Ikhsan dan rayuan seorang penyokong JDT

Post a Comment

0 Comments